#Hiburan: “Hilang Lah Sikit Nervous”- Tengah ‘Ready’ Nak Akad Nikah Tiba-Tiba Budak Perempuan Lompat Atas Bahu

Baru-baru ini tular satu video TikTok menunjukkan satu kejadian yang terjadi semasa majlis akad nikah.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai aribfitri_ menunjukkan kedua pasangan pengantin mengenakan pakaian berwarna putih beserta seorang kanak-kanak perempuan yang turut lengkap bergaun putih.

Advertisement

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, gelagat kanak-kanak perempuan tersebut telah mendapat perhatian netizen setelah tindakannya melompat ke atas bahu pengantin lelaki.

Perkara berkenaan membuatkan tetamu yang berada di majlis itu terhibur dan menggelengkan kepala kerana aksi yang ditunjukkan.

Advertisement

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh atas kejadian yang berlaku dan terhibur dengan gelagat yang dilakukan kanak-kanak itu.

4 minggu lalu

(VIDEO) "Amboi RM500 Juta Mas Kahwin"- Pengantin Kena ‘Bahan’ Gara-Gara Gemuruh Ketika Akad Nikah

The post “Hilang Lah Sikit Nervous”- Tengah ‘Ready’ Nak Akad Nikah Tiba-Tiba Budak Perempuan Lompat Atas Bahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments