#Hiburan: “Nampak Sangat Stereotype!” – Doktor Dikecam Gara-Gara Label Wanita ‘Diciptakan Untuk Bercakap’

Di dalam platform Twitter baru-baru ini, ciapan seorang doktor yang mendakwa perempuan ‘diciptakan banyak bercakap’ telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial berkenaan, terutamanya golongan wanita yang tidak berpuas hati.

Melalui ciapan berkenaan, doktor terbabit menceritakan mengenI seorang pesakit wanita berada dalam keadaan tertekan dan cara yang sesuai untuk seorang wanita menghilangkan rasa ‘stress’ adalah dengan meluahkan apa yang terpendam.

Advertisement

Doktor label wanita dilahirkan banyak bercakap

Beliau turut menasihati kaum suami untuk sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar luahan wanita hingga habisnya kouta patah perkataan untuk sehari dan doktor itu turut menambah, wanita sememangnya dilahirkan untuk bercakap, lelaki pula untuk melengkapi mereka.

Tindakan doktor berkenaan melabel wanita seperti itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati oleh kaum wanita serta menidakkan kajian yang dinyatakan oleh doktor terbabit.

Advertisement

Dalam ciapan lain, seorang wanita ini menyangkal dakwaan doktor terbabit dan berkata kajian yang diperkatakan sama sekali tidak betul dan terpesong.

Wanita itu turut meminta agar doktor itu menyemak semula dakwaannya dan dia turut memuat naik satu lagi kajian yang mengatakan kouta lelaki serta perempuan bercakap adalah sama.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen wanita yang bersetuju dengan pendapat doktor itu dan mengakui wanita sememangnya kuat bercakap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

syamsul yusof hard to heart paknil
4 jam lalu

(VIDEO)”Siapa Ira Kazar Di Hati Awak?” - Diaju Soalan Oleh PakNil, Syamsul Yusof Hanya Buat Isyarat ‘Kunci Mulut’

The post “Nampak Sangat Stereotype!” – Doktor Dikecam Gara-Gara Label Wanita ‘Diciptakan Untuk Bercakap’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments