Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kumpulan teknikalnya sedang mengkaji keperluan untuk memberikan suntikan dos penggalak ke-4 kepada rakyat Malaysia.
Ujar Khairy, kumpulan teknikal itu kelak akan mengemukakan cadangan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sebaik kajian dimuktamadkan susulan ancaman varian Omicron yang melanda dunia termasuklah Malaysia.
Khairy juga mengambil maklum mengenai kajian berhubung pemberian vaksindos penggalak jenis Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac yang tidak mencukupi dalam membendung penularan varian tersebut.
Kita telah menerima berita itu dan kumpulan teknikal (KKM) sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.
Terlalu awal untuk buat kesimpulan ini, namun kita tahu mengenai ujian ini (kajian mengenai dos jenis Pfizer kepada penerima suntikan jenis Sinovac yang tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron).
Terdahulu, Khairy memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat kes varian Omicron sebanyak 64 kes pada ketika ini.
Sepertimana negara2 lain, berkemungkinan besar gelombang Omicron akan mula di Malaysia. Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa anatara langkah perlahankan penularan Omicron. https://t.co/QSQnIUG2Cx
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) January 2, 2022
63 daripada kes tersebut melibatkan pengembara dan satu kes adalah jangkitan daripada penularan tempatan.
“Daripada 64 kes jangkitan COVID-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.” maklum Khairy lagi.
The post Pemberian Dos Penggalak Ke-4 Akan Dikaji Keperluan Kepada Rakyat – Khairy Jamaluddin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments