Pelakon dan juga penyanyi Mark Adam mengakui dirinya kini agak paranoid untuk melangkah keluar daripada rumah gara-gara peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam negara pada ketika ini.
Meskipun begitu, dia turut memikirkan mengenai keadaan mereka di luar sana yang terpaksa keluar untuk mencari rezeki dalam menyara kehidupan.
Mark dalam pada itu juga berkongsikan mengenai situasi serta keadaannya kini dalam menghadapi cabaran pandemik yang seakan tiada berpenghujung ini.
Menurutnya, banyak urusan kerja dan projek seninya terpaksa ditangguh serta terjejas akibat penularan wabak ini. Malah, sumber pendapatannya juga sedikit sebanyak turut terjejas.
View this post on Instagram
“Dari segi pendapatan, memang terjejas kerana sekolah muzik saya pun tak dapat beroperasi seperti biasa melainkan secara online. Tapi tak semua kelas dapat dilakukan secara online. Begitu juga dengan pelajar kerana ada yang berdepan isu sambungan Internet yang menyebabkan mereka tak dapat menyertai kelas.”
Advertisement
Tambah Mark, beberapa program TV seperti pertandingan Muzikal Lawak Superstar juga tak dapat diteruskan buat ketika ini.
Berikutan dengan hal itu, Mark menzahirkan harapan agar vaksin segera diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam mengurangkan penularan wabak ini dalam komuniti.
View this post on Instagram
“Insya-Allah, kalau selepas vaksin diedar, kita dapat kurangkan angka jangkitan baharu sekaligus mengawal penularan yang lebih teruk.”
Perkembangan terkini, Mark kini sedang dalam rangka pembikinan beberapa material lagu untuk OST filem yang menampilkan dia dengan penyanyi kanak-kanak dalam single berjudul Yatim.
The post Paranoid Nak Keluar Rumah, Mark Adam Akui Pendapatan Terjejas Sepanjang Pandemik COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments