#Hiburan: Perth Anjur Perintah Sekatan ‘Lockdown’, Zainol Macwilson Bimbang Keadaan Zahirah Di Perantauan

Pelakon senior, Zainol Macwilson meluahkan rasa kebimbangan mengenangkan anak perempuannya yang juga pelakon, Zahirah Macwilson yang kini berada di Perth berikutan negara tersebut telah melaksanakan perintah sekatan ataupun lockdown bermula pada beberapa hari yang lepas.

Zainol MacwilsonSumber : Instagram Zainol Macwilson  

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Zainol yang menzahirkan ucapan selamat hari kelahiran buat anaknya itu turut mendoakan keselamatan Zahirah dan keluarga yang kini berada di Perth sejak tahun lalu.

Advertisement

Memuat naik foto dirinya bersama Zahirah di media sosial Instagram, Zainol turut menitipkan ucapan manis buat anak perempuan kesayangannya itu.

“Ini adalah hari jadi pertama kamu selepas menjadi isteri dan ibu. Sentiasa berjaga-jaga memandangkan Perth sedang lockdown. Sentiasa berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling kamu. Saya sayangkan kamu sangat dan orang baru dalam keluarga kita. Maaf kakak, bapa tak dapat beri kamu apa-apa selain kasih sayang yang tulus daripada seorang bapa.”

Mengimbas kembali, Zahirah yang juga isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di Perth pada awal Januari yang lalu.

Difahamkan, Australia telah melaksanakan kembali perintah sekatan selama lima hari selepas pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin telah disahkan positif pandemik tersebut sejak hari Ahad yang lalu.

The post Perth Anjur Perintah Sekatan ‘Lockdown’, Zainol Macwilson Bimbang Keadaan Zahirah Di Perantauan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments