#Hiburan: Tak Banyak Beri Sumbangan, Nedim Nazri Pernah Ditawarkan Gelaran Datuk Namun Tolak Kerana Rasa Tak Layak

Suami kepada pelakon cantik Nora Danish, Nedim Nazri Aziz mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan gelaran Datuk beberapa kali namun menolaknya kerana merasa tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.

Nedim NazriSumber : Instagram Nedim Nazri  

Perkara itu dimaklumkan Nedim menerusi akaun Twitternya untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Malah, dia turut memberi sedikit pandangan mengenai isu pemberian gelaran Datuk menerusi satu ciapan di Twitternya, @NedimNazriAziz.

Menurut anak kepada Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz ini lagi, seseorang itu perlu mengukur tahap jasa dan sumbangan diri kepada negara sebelum menerima apa-apa pangkat.

Twitter NedimSumber : Twitter Nedim Nazri Aziz  

“Jadilah macam KJ (Khairy Jamaluddin), santai tiada pangkat walaupun dia lebih berhak menerimanya daripada orang lain. Saya pernah ditawarkan beberapa kali namun menolaknya kerana berasa saya tidak memberikan sumbangan yang banyak untuk negara. Saya tahu saya tidak layak, tidak sedikitpun. Ukur la badan kita.”

Turut mengambil contoh Khairy Jamaluddin yang tidak menerima apa-apa gelaran tapi giat menjalankan tugas untuk negara, Nedim berkata individu perlulah mengambil pepatah ukur baju di badan sendiri dalam kehidupan.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut meluahkan rasa setuju dengan pernyataan Nedim tentang isu gelaran Datuk tersebut.

Terdahulu, seramai 335 individu telah dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Antaranya adalah lima menteri, sembilan timbalan menteri, penyanyi, penulis lirik dan juga pelakon.

The post Tak Banyak Beri Sumbangan, Nedim Nazri Pernah Ditawarkan Gelaran Datuk Namun Tolak Kerana Rasa Tak Layak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments