Sudah jarang muncul di kaca televisyen sejak kebelakangan ini, pelakon Isma Yusoof mengejutkan ramai apabila secara jujur mengakui bahawa dirinya ialah pondan.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon tersebut menerusi satu IG Story di laman media sosial miliknya. Katanya, ramai yang mempersoalkan perlakuannya yang kian berubah kini lantas membuatkan dia terpanggil untuk berkongsi mengenai hal ini.
“Biar saya berterus terang, ya saya memang pondan. Pondan saya memang dari kecil, dari azali. Kalau tengok gambar masa kecil, Isma memang sudah kepit, posing macam perempuan.”
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, ramai yang berasa terkejut dengan pendedahan ini kerana dirinya yang sering berlakon watak lelaki ‘straight’ kecuali di dalam naskhah ‘Sutun 2’ dan ‘Emil Emelda’.
“Korang pula terperdaya dengan lakonan ‘straight’ saya itu, jadi korang rasa macam saya ini ‘straight’. Jadi, bila awak jumpa saya dekat luar, nampak macam saya lembut dan anda terkejut.”
Malah Isma juga sedar bahawa ramai yang mempersoalkan suaranya serta wajahnya yang kekal seperti ‘jantan’. Tidak seperti imej yang dibawa oleh Sajat ataupun golongan transgender lain.
“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon. Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima.”
Pelakon itu kemudiannya menegaskan bahawa dia sangat berpuas hati dan gembira dengan dirinya termasuklah wajah, badan dan suara. Malah dia menerima dirinya seperti itu dan mengakui tidak mempunyai perasaan terhadap wanita.
The post “Dari Kecil, Memang Dah Posing Kepit” – Isma Yusoof Dedah Tak Minat Perempuan, Suka Lelaki Maskulin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments