#Hiburan: Rezeki Bertambah-Tambah, Penyanyi Hael Husaini Beli Rumah 3 Tingkat, -“Alhamdullilah, Berjaya Tambah Hutang!”

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini baru-baru ini mengumumkan bahawa dia kini berjaya memiliki sebuah kediaman 3 tingkat yang difahamkan terletak di Damansara Perdana, Selangor.

Dia yang memuat naik foto dirinya dengan latar belakang sebuah rumah menerusi akaun Instagram ternyata telah menarik perhatian peminat dan pengikut akaun media sosialnya itu.

Menulis kapsyen ringkas, “Alhamdullilah, berjaya tambah hutang”, seolah-olah memberi gambaran bahawa dia kini sudah memiliki aset kediaman berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut mengucapkan tahniah di atas kejayaan penyanyi lagu Haram itu dan turut mendoakan agar sentiasa terus sukses dalam penghasilan lagu dan juga dalam bidang nyanyian.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments