#Hiburan: Berpura Ajak Keluar Makan Hingga Dibawa Pulang Ke Rumahnya, Jururawat Dakwa Jadi Mangsa Pendakwah Muda

Seorang lagi wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur tampil membuat laporan polis di sini semalam berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti.

Katanya, beliau menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan. Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.”

Kata Noor Azam, mangsa dan suspek berkenalan di media sosial sebelum berpura-pura mengajak mangsa keluar makan hingga dibawa pulang ke rumahnya.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek kini masih dalam perintah reman sehingga Jumaat dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.

Semalam, suspek direman lima hari bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Untuk rekod, polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan reman ke atas suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap suspek pada 29 dan 30 November lalu.

Sumber: Sinar Harian


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments