#Hiburan: Nekad Berniqab, Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto ‘Hijabster’ Di Instagram

Selepas memaklumkan kepada umum bahawa dirinya telah nekad untu berniqab, pengacara serta usahawan popular tanah air, Neelofa dilihat telah memadam semua foto ‘hijabster’ di laman Instagram miliknya.

Menurut laporan Gempak, posting yang dihapuskan olehnya termasuklah entri dirinya menghadiri beberapa acara fesyen terkenal dunia dan saat dirinya memperaga banyak jenama mewah antarabangsa serta cover majalah yang pernah dijalaninya sebelum ini.

Malah, meninjau ke laman Instagramnya yang mempunyai lebih 8 juta pengikut itu, daripada 7,568 kini hanya tinggal 2,648 keping foto dan video sahaja terkandung dalam akaun Instagramnya.

Bahkan, bakal isteri PU Riz ini juga hanya mengekalkan foto kenangan di Mekah, dan bersama ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga serta tuntutan kerja serta tidak ketinggalan mengekalkan semua foto dengan penampilan baharunya iaitu berniqab.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini pernah mengaku bahawa dirinya kini berasa bebas dan lebih bahagia sejak memakai niqab.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments