#Hiburan: “Kami Masih Bersama” – Dini Schatzmann Nafi Putus Cinta Dengan Janna Nick

Selepas wujud dakwaan yang mengatakan dirinya dan kekasih hati, pelakon Janna Nick telah putus cinta, pelakon baharu Dini Azan Schatzmann tampil menafikan perkara tersebut.

Katanya, hubungan bersama pengacara Melodi itu masih utuh dan bahagia, malah mendedahkan mereka kini khabarnya sedang sibuk menjalani penggambaran bersama dalam drama arahan Micheal Ang.

Tidak ketinggaan, pelakon kacukan Melayu-Switzerland itu juga akui pihaknya kini kurang berkongsikan foto bersama kerana bimbang andai ramai pengikut muak di kemudian hari.

“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana. Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak. Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman. Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya.”

Menurut Dini, ini merupakan gandingan pertamanya bersama Janna sebagai teraju utama dalam drama.

Meskipun teruja, Dini memaklumkan kedua-dua mereka tetap profesional ketika berada di set penggambaran.

Hal ini demikian kerana, Dini mendedahkan bahawa kekasihnya itu sebagai seorang pelakon yang bagus dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Disoal mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Dini menegaskan fokusnya kini lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon terlebih dahulu.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments