#Hiburan: Risteena Munim Kongsi Bibit Cinta Dan Saat Isa Khan Memikatnya

Kehangatan cinta pasangan Risteena Munim dan Isa Khan sedang hangat membara dan begitu terbuka berkongsi kisah cinta mereka dengan umum. Kata orang, bila hati sedang bahagia dan berbunga, setiap saat hanya fikirkan perkara yang indah sahaja.

risteena isa khan

Sering ditanya mengenai detik pertemuan dengan tunang tersayang, Risteena menerusi akaun Instagramnya berkongsi video yang menunjukkan siapa terlebih dahulu memulakan langkah untuk memikat. Dia juga mendedahkan perbualan bersama Isa yang cukup romantis.

Risteena pada masa yang sama memberikan bayangan dia akan berkongsi semua detik-detik bibit cinta mereka satu hari nanti.

View this post on Instagram

Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. Insyaallah one day saya akan share betul-betul dengan semua. Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama. . Hargai FAMILY dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya. Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late♥ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Amin ♥

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments