#Hiburan: BCL Belum Mampu Tidur, Trauma Suami Meninggal Atas Katil

Masih terkejut dan terasa perit hehilangan suami tercinta, penyanyi Afgan memberitahu isteri Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari masih belum dapat melelapkan matanya sejak Ashraf meninggal dunia Selasa lalu. Dia trauma dengan apa yang berlaku, melihat arwah suami terbaring kaku tidak bernyawa di atas katil.

bunga citra lestari

Afgan berkongsi maklumat itu selepas menghadiri majlis tahlil arwah Ashraf di kediaman keluarga itu di Pejaten Barat, Jakarta Barat

Dia (BCL) beritahu badannya penat, belum tidur. Tadi BCL tampak lebih baik, sudah boleh berbual. Harap ada doktor yang boleh memantau kesihatannya.

bunga citra lestari belum mampu tidur

Noah juga bertambah baik, sudah mula berbual. Ramai tetamu membawa anak kecil mereka bersama untuk menemani Noah bermain. Saya baru bertemu arwah dua minggu lalu. Pertemuan yang sepatutnya sekejap, menjadi berjam-jam.

Terdahulu, pada malam kejadian BCL pulang ke rumah pada jam 2 pagi selepas tamat tugas menjadi juri Indonesian Idol. Dia melihat suaminya sedang tidur dan cuba untuk mengejutkannya tetapi tiada sebarang reaksi.

bunga citra lestariBCL kemudian membawa Ashraf ke hospital selepas melihat arwah kaku serta mulut berbuih dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 41 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments