Mengikut perancangan, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Februari selepas selesai menunaikan ibadah umrah.
Namun, menerusi laporan terbaru di Harian Metro, Sajat bersama keluarganya dan rakan mutawwif sudah pulang ke tanah air sehari lebih awal iaitu pada pagi Khamis lalu. Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri dan selamat tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi.
Difahamkan, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan Sajat juga tidak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Terdahulu, tindakan Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita mengundang kemarahan ramai. Apa yang dilakukan oleh Sajat telah mencemarkan tanah suci tempat umat Islam beribadah dah turut memberi imej buruk kepada agama dan negara.Susulan kontroversi itu, agensi pelancongan yang membawanya menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments