Sehingga kini perbalahan antara keluarga jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama Azwan Ali belum lagi selesai. Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan kepada DSV dan anak-anaknya. Cara pengacara sensasi itu memohon maaf didakwa tidak ikhlas dan seakan “menganjing”.
Namun, disebalik konflik yang berlaku, apa yang menjadi perhatian ramai adalah sikap Cik B iaitu anak perempuan DSV yang disifatkan sebagai seorang yang matang.
Tidak cepat melatah, Cik B dilihat dengan tenang menjawab setiap soalan wartawan mengenai kontroversi penghinaan terhadap dirinya, malah dia juga telah memberikan pesanan kepada Azwan agar menjaga tutur katanya agar Jangan terlalu banyak mencarut.
Jangan suka mencarut, stress nanti kena strok – Cik B
Pesanan cik b kepada azwan ali pic.twitter.com/7butkgy5kn
— Kasyah Putera (@KasyahPutera) February 11, 2020
Pada masa yang sama, Cik B berkata dia sedikit pun tidak ambil peduli dengan apa sahaja carutan Azwan kerana lebih ramai lagi orang yang menyokongnya.
Netizen puji kematangan Cik B
Rata-rata netizen memuji sikap dan cara Cik B, meskipun baru berusia 12 tahun nampaknya dia mampu bersikap lebih matang berbanding orang lain yang lebih tua darinya.
Fuh! Dengan bersahaja Cik B membidas laharan Azwan, siap berikan nasihat yang menusuk ke dalam hati. Steady..
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments