#Hiburan: Kekal Tabah, BCL Mula Bekerja Dan Bakal Tampil Di Konsert Ronan Keating

Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair telah merentap separuh jiwa Bunga Citra Lestari. Peritnya kehilangan suami tercinta tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan sehingga kini penyanyi Indonesia itu masih lagi setia menziarahi pusara arwah suaminya.

bunga citra lestari mula kerja

Meskipun masih berduka, BCL nampaknya tetap profesional dan dikhabarkan akan mula meneruskan segala pekerjaannya yang tertunda sebelum ini. Difahamkan, dia bakal muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating yang akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

Perkara itu disahkan oleh Rizky daripada Media Relation Fullcolor selaku penganjur konsert tersebut.

Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu.

BCL juga dikatakan bakal menggalas semula tugas sebagai juri Indonesian Idol 2020 selepas selesai majlis tahlil arwah suaminya selama tujuh hari.

bunga citra lestari konsert ronan keating

Bukan mudah untuk memulakan langkah meneruskan kehidupan selepas pemergian insan tercinta, teman suka dan duka. Namun, kami puji betapa tabahnya BCL yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya dalam bekerja meskipun hatinya masih bersedih. Kami doakan agar BCL terus cekal dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber Berita : Tribun News


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments