Meskipun dikecam teruk gara-gara tindakannya memakai pakaian menyerupai wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Nur Sajat sehingga hari ini mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.
Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Sajat memuat naik video di kini masih di Tanah Suci Makkah. Mengenakan telekung berwarna hitam, Sajat dilihat sedang memberikan sedekah berupa makanan dan minuman kepada orang ramai.
Sajat di ruangan kapsyen juga mengatakan dia berada dalam kedaan baik dan sangat tenang sepanjang berada di Tanah Suci.
Netizen harap Sajat berubah
Perkongsian Sajat itu mendapat perhatian ramai. Tidak dinafikan, niatnnya untuk memberikan sedekah adalah mulia tetapi rata-rata netizen berharap agar usahawan kosmetik itu berubah dan kembali ke pangkal jalan.
Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah. Sajat sebelum ini dikecam teruk dan ramai yang menyifatkan tindakannya berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments