#Hiburan: Fesyen Tudung ‘Beanie’ Yuna Dikritik Tidak Tutup Aurat, Nampak Leher

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan, apabila kita sebut tentang fesyen di kalangan selebriti antara yang paling mendapat perhatian ramai ialah penyanyi Yuna.

yuna beanie

Sering mengenakan gaya terbaru, Yuna merupakan ikon fesyen bagi muslimah di seluruh dunia.

Kalau sebelum ini, dia dikenali degan imej tudung bawal dan turban, kini Yuna bertukar imej lagi dengan menggayakan tudung ‘beanie’ pula.

yuna beanie yuna beanie

Malangnya, penampilan itu mengundang rasa kurang senang netizen dan ramai mempersoalkan gayanya itu boleh menimbulkan fitnah kerana Yuna tidak menutup aurat dengan sempurna, menampakkan bahagian lehernya.

Malah netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan perubahan penyanyi itu dan mereka rindu dengan penampilan Yuna yang dahulu, lebih menutup aurat.

yuna fesyen tudung beanie yuna tudung yuna fesyen tudung yuna dikritik

Ada juga yang risau, khuatir jika satu hari nanti Yuna membuat keputusan untuk membuka tudung. Apa-apa pun, kita janganlah fikir negatif dan Yuna hanya sekadar mencuba fesyen baru. Doakan yang baik-baik untuk Yuna agar dia kekal istiqamah.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments