#Hiburan: Kalau Sedia Jadi Bapa Anak-Anak Saya, Masuklah Meminang – Rita Rudaini

Sudah tujuh tahun Rita Rudaini hidup solo dan membesarkan dua orang anak lelaki sendirian, ramai juga tertanya dia tidak teringin untuk mencari teman istimewa yang boleh mengisi kekosongan di hati? Adalah juga tempat untuk berkasih sayang dan bermanja.

rita rudaini

Namun, menurut Rita dia redha dan hanya mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah. Malah, anak-anaknya juga tidak pernah bertanyakan soal perkahwinan atau “bapa baru” kerana sudah terbiasa hidup bertiga.

Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk berkahwin lagi seandainya ada lelaki yang bersedia untuk menjadi bapa kepada anak-anaknya.

rita rudaini anak-anak

Kalau ada lelaki yang bersedia menjadi bapa segera pada anak-anak saya, masuklah meminang. Sebelum ini ramai juga rakan yang cuba nak pasangkan dengan kawan mereka, malah ada yang tawarkan diri untuk mencarikan jodoh buat saya.

Saya biasa saja. Mungkin sebab sudah terlalu lama solo, jadi perasaan itu lebih tenang bersendiri. Lagipun, saya ada dua anak yang sentiasa menemani dan menceriakan hari-hari saya.

rita rudaini

Biarlah tumpuan saya pada mereka dulu. Mereka pun semakin membesar. Banyak lagi perkara dan keperluan penting untuk mereka. Saya kena terus kuat untuk mereka.

Rita mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan bersama bekas suami, Aidil Zafuan. Jodoh setiap orang sudah tertulis. Tidak mustahil satu hari nanti akan ada lelaki yang akan menjadi peneman hidup Rita dan menyayangi anak-anaknya sepenuh hati.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments