Pemergian Ashraf Sinclair memberi tamparan hebat buat Bunga Citra Lestari, separuh jiwanya pergi dan kesedihan menyelubungi hati kehilangan insan dicintai dalam sekelip mata.
Setia sehingga hujung nyawa, BCL menempah dua liang lahad bersebelahan dengan pusara arwah suaminya.
Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti. Tempahan itu dibuat menerusi pengurus BCL, Doddy dengan harga RM79,000 (260 juta Rupiah) termasuk dekorasi.
Benar. Dari BCL minta karena beliau maunya berdampingan dengan suami tercinta. Sudah direncanakan untuk BCL-nya.
Terdahulu, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi tadi waktu tempatan akibat serangan jantung. Jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan San Diego Hills.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments