Dalam kemelut isu Datuk Seri Vida ingin menyaman Azwan Ali kerana menghina dirinya dan anak-anak, tiba-tiba penyanyi Aishah seakan mengungkit kembali kes antaranya dengan DSV yang pernah kecoh satu ketika dahulu.
Jika anda masih ingat, sebelum ini hangat dengan kontroversi kes berlian palsu yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik itu kepada Aishah ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 4.
Menerusi akaun Instagramnya, Aishah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kisah permintaan maaf yang diperlekehkan. Rata-rata netizen mempercayai, “sindiran” itu ditujukan kepada DSV.
“Begitulah sakitnya hati bila permintaan maaf diperlekehkan”- Aishah
“Aishah terhegeh-hegeh nak harta.” – DSV
Tidak hanya berdiam diri, DSV menempelak Aishah yang cuba masuk campur dalam kes saman antaranya dan Azwan.
Menurut DSV kes Aishah dan Azwan berbeza, menyifatkan penyanyi itu terhegeh-hegeh mahu harta.
Kes Aishah terhegeh-hegeh hendak harta. Ada ke pergi pilih berlian? Tidak ada satu syarikat di dunia bagi peluang pilih berlian satu persatu.
Saya sahaja yang bagi peluang sebab terhegeh-hegeh sangat. Jadi, jangan samakan kes saya dengan dia dan Azwan. Ini dalam Instagram pun rajin komen.
Terdahulu, selepas timbul DSV telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki. Malah, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments