Biarpun sering dikritik kerana mempunyai “suara sumbang” dan video muzik lagunya mendapat banyak ‘dislike’, Datuk Seri Aliff Syukri tetap mengharapkan lagu-lagunya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).
Namun, seperti yang anda semua maklum malam ini akan berlangsungnya final AJL 34 tetapi tiada satu pun lagu nyanyian Aliff tercalon meskipun di peringkat awal Muzik-Muzik 34.
Apa kurang lagu saya? Semuanya sedap
Menerusi video di Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mengapa pihak juri AJL tidak memilih lagunya.
Pernah mengeluarkan beberapa lagu sebelum ini dengan pelbagai genre, Aliff berasa sedih kerana bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri sedangkan suaranya sedap. Malah lagu-lagu yang dihasilkan setanding dengan lagu daripada penyanyi tersohor seperti Anuar Zain.
Suara memang tidak sedap
Malangnya, luahan itu mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Mereka mengatakan suara Aliff memang sumbang dan tidak mempunyai bakat sebagai penyanyi.
Mungkin tiada rezeki untuk Aliff tercalon di pentas besar seperti AJL. Teruslah berusaha untuk memperbaiki mutu nyanyian dan menghasilkan lagu yang lebih baik di masa hadapan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments