Baru sahaja beberapa minggu menikmati kejayaan berjaya menggenggam trofi Anugerah Juara lagu 34, penyanyi Naim Daniel terpalit kontroversi apabila bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Dayana atau nama sebenar Siti Amirah Dayana menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah.
Menurut Dayana, tuntutan yang dibuatnya bukanlah melibatkan isu wang ringgit, sebaliknya hanya atas dasar hak cipta semata-mata dan menuntut agar penyanyi itu bersikap jujur kepada peminatnya.
Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagu itu diciptanya.
Bukan soal duit
Saya dikecam mahukan royalti dan populariti. Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanya kejujuran Naim. Sekiranya dia mendaftarkan nama saya, secara tak langsung saya dapat royalti. Bagaimanapun, soal royalti adalah nombor dua.
Saya menyanyi sebelum ini tetapi berhijrah dan fokus dengan hidup yang baharu. Jika ingin populariti, lebih baik saya menyanyi semula, tetapi orang susah nak cari muka saya dalam laman sosial.
Naim diberi tempoh seminggu
Pihak Dayana memberikan tempoh selama seminggu untuk Naim membuat pengakuan secara sah dan terbuka yang menyatakan lagu tersebut merupakan karya ciptaan bersama.
“Kenapa baru sekarang nak bising?” – Netizen
Namun, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Dayana yang tiba-tiba sahaja ingin menuntut hak cipta lagu tersebut selepas Naim dinobatkan sebagai juara AJL34 sedangkan sebelum ini, Dayana berkata dia sudah memaafkan bekas teman lelakinya itu dan enggan terlibat dalam industri hiburan.
Difahamkan, lagu Sumpah dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments