Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat ramai apabila dia didakwa curang dan berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya (kini bekas isteri).
Terbaru, isterinya Norainul Naqim atau lebih dikenali sebagai Erin menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto dia berjumpa dengan bekas isteri Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain. Kedua-dua wanita itu saling berpelukan mesra dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.
Erin bertemu bekas madu
Erin berkata suaminya begitu matang menguruskan rumah tangga. Sebelum ini, wanita itu mengakui dia seorang anti poligami dan lebih rela menjanda dari berkongsi suami. Namun, Farhan mampu mengubah persepsinya mengenai poligami.
Memaafkan itu sunnah
Dalam pada itu, Fatin menerusi akaun Instagramnya berkata dia mahu menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Oleh itu, dia memilih untuk memaafkan, enggan terus dibayangi kisah lalu.
Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments