Pemergian Ashraf Sinclair secara tiba-tiba akibat serangan jantung awal pagi semalam telah mengejutkan ramai. Antara yang turut merasai kehilangan Ashraf adalah pelakon Zul Ariffin yang sudah 16 tahun bersahabat dengan arwah.
Saat mendengar berita duka Ashraf meninggal dunia, Zul terus bergerak ke Jakarta bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya itu.
Zul mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenali ketika mula berjinak dalam industri hiburan. Mereka berdua pernah bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004 sewaktu Zul baru sahaja ingin memulakan kariernya.
Menerusi Insta Story miliknya, Zul sempat memuat naik beberapa foto ketika dia dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat.
Zul tidak sempat menatap wajah Ashraf buat kali terakhir, dia hanya dapat mengunjungi pusara arwah dan dilihat menabur bunga di pusara berkenaan.
Kali terakhir mereka bergandingan bersama adalah menerusi filem J Retribusi iaitu sekuel kepada filem J Revolusi yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments