Pelakon Emma Maembong memang sudah sinonim dengan gosip liar sejak daripada awal kemunculannya dalam industri seni tanah air lagi. Meskipun mempunyai bakat lakonan yang baik tetapi ramai yang sering memberi fokus kepada kontroversi yang melibatkan dirinya.
Kalau anda perasan, pelakon wanita ini sering dikaitkan dengan ramai lelaki sepanjang karier seninya tapi nampaknya semua tidak berkekalan.
Pun begitu, khabar angin bertiup kencang dalam dunia seni apabila dikhabarkan Emma bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tarikh keramat 20.02.2020. Dan ternyata telahan itu adalah tepat!
Selepas dua bulan bercinta, Emma memilih Muhammad Shazli Azhar iaitu seorang juruterbang sebagai teman hidupnya. Semua peminat nyata teruja dengan berita gembira itu.
Pun begitu, ramai pula netizen yang kecoh apabila terlihatkan gambar mesra di antara Cha Cha Maembong dan abang ipar barunya itu. Adegan lelaki itu mencium pipinya di atas pelamin di samping Emma membuatkan ramai yang kesal dengan tindakan tidak sensitif mereka.
Memang terima kecaman daripada serata rakyat jelata apabila ipar duai baru tersebut buat perangai tak senonoh di hari yang bahagia itu!
Tak pastilah apa motif disebalik posing itu tetapi sepatutnya Emma, Cha Cha dan Shazli peka dengan batas aurat di antara ipar. Takut jadi fitnah orang!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments