Baru-baru ini viral di Facebook apabila Datuk Seri Aliff Syukri, ingin menjadi seorang “wartawan” pula dan ingin membuat liputan menemuramah secara langsung dua individu penting negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai segala persoalan yang berlegar mengenai isu politik negara ketika ini.

Perkara itu mendapat respon daripada Datuk Seri Vida atau mesra disapa DSV yang memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya dan mengkritik tindakan Aliff.

“Nak jadi wartawan, nak jadi Perdana Menteri. Berniaga sudahlah!” – DSV
Namun begitu, kecaman DSV tidak kelihatan terlalu serius kerana teguran itu disampaikan dalam bentuk gurauan..
Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar Aliff tidak perlu mencampuri urusan politik atau mencari publisiti murahan. Fokus sahaja kepada dunia perniagaan dan tidak perlu untuk cuba menjadi “wartawan tidak bertauliah” pula.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

Syg2. Cer citer… Asal ada viral jer nk live Nak menempel ni?? PM IKAT TEPI JER LAA –
Ha ha.. Jangan marahh yerr Gurau jerr @aliffsyukriterlajaklaris Jawab jgn tak jawab Sentap jgn tak sentap yerrr.. hu hu muah
JANGAN CEPAT KOYAK YE.. . NAK JADI PM KAN.. NAH PM IKAT TEPI . WARTAWAN CNN JANGAN HAWAUU YE..
0 Comments