Isu selebriti wanita membuka tudung bukanlah perkara baru dan mereka sering memberikan alasan diri tidak bersedia, enggan menjadi hipokrit semata-mata mengikut kehendak orang lain.
Seperti baru-baru ini, penampilan terbaru Datuk A.Aida yang tidak lagi mengenakan hijab mendapat perhatian ramai. Menurutnya, bila bertudung agak sukar untuk berfesyen.
Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang mengatakan artis yang membuka tudung sebenarnya sudah mendapat ‘hidayah’ ketika bertindak menutup rambut dan kepalanya, namun menolak ‘hidayah’ yang telah dikurniakan.
Meskipun pendakwah itu tidak menyebut nama mana-mana artis, A.Aida akui kata-kata itu ditujukan kepadanya. Bagaimanapun, dia tidak cepa melatah mahupun berkecil hati kerana apa yang disampaikan itu adalah perkara baik.
Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar.
Baguslah kalau tidak cepat sentap, siapa tahu selepas mendengar ceramah tersebut satu hari nanti pintu hati A.Aida akan terbuka dan benar-benar bersedia untuk berhijab semula. Doakan yang baik-baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments