#Hiburan: Hati Terguris Dan Maruah Tercalar, DSV Nekad Saman Malu Terhadap Azwan Ali

Terasa dirinya begitu terhina dengan permohonan maaf Azwan Ali yang didakwa tidak ikhlas dan tidak menunjukkan sebarang kekesalan, Datuk Seri Vida nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti sensasi itu.

dsv nekad saman malu azwan ali

Bukan sahaja maruahnya tercalar tetapi hati DSV juga terguris dengan penghinaan melampau Azwan yang menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya. Hati saya makin terguris dan tercalar.

saman malu azwan ali

Tambah lagi bila kait dengan kematian anak saya. Mengaibkan bila dikaitkan dengan rentung, sakit hati saya dengan perkataan rentung tu. Anak saya tak rentung la, berapa kali saya nak cakap. Mereka lemas asap berpelukan dalam bilik air menunggu diselamatkan.

Tiga bulan saya terlantar sebab kejadian berkenaan. Video berita tentang kematian anak saya pun saya tak mampu nak tengok.

Sementara itu, peguam DSV, Adnan Seman menjelaskan tuntutan saman malu itu bukanlah bertujuan untuk menuntut wang ringgit sebaliknya ingin membaiki reputasi DSV yang telah dicalarkan oleh Azwan.

Terdahulu, Azwan bukan sahaja bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap Cik B selain turut mempersendakan kegagalan rumah tangga DSV.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments