#Hiburan: Intan Najuwa Sahkan Sudah Putus Tunang

Teka-teki mengenai status pertunangan Intan Najuwa akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengakui ikatan pertunangannya bersama ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli sudah terlerai.

intan najuwa tunang

Intan menganggap tiada lagi jodoh dan persefahaman antara mereka serta tidak mahu lagi bekas tunangnya itu dikaitkan dengan kontroversi. Keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik buat mereka selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Hubungan saya dan dia (Razul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman. Bila berpisah itu biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

intan najuwa putus tunang

Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan. Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya.

Terdahulu, sudah beberapa kali timbul spekulasi bahawa mereka sudah putus tunang. Ada sumber mendakwa pertunangan Intan dan Razrul berakhir disebabkan jarak perbezaan usia 16 tahun antara mereka selain berlainan bidang.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments