Aksi pelakon Chacha Maembong dicium abang iparnya ketika bergambar di atas pelamin bersama kakaknya, Emma Maembong mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu salah di sisi agama dan tidak menjaga batas pergaulan antara ipar duai yang bukan mahram.
Memberikan respon mengenai kontroversi berkenaan, Chacha menyifatkan netizen terlalu sensitif dan dia enggan lagi mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Warganet terlalu negatif. Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu.
Mungkin pada Chacha tindakan itu sudah menjadi perkara biasa. Namun, janganlah memberikan contoh kurang baik kepada masyarakat. Kena tahu jaga batas pergaulan antara adik beradik ipar agar tidak mengundang sebarang fitnah.
Kredit Foto : Project2pi & CST Production
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments