#Hiburan: Video Panas Hubungan Songsang Mirip Pelakon Lelaki Tersebar

Kecoh di media sosial apabila video lucah milik lelaki mirip seorang pelakon lelaki menjalinkan hubungan songsang tersebar sejak beberapa hari lalu. Video berdurasi 12 saat itu memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks.

video songsang mirip pelakon lelaki

Malah, foto pelakon berkenaan turut tular berdasarkan beberapa ciri tertentu yang ada pada badannya iaitu mempunyai lakaran tatu pada bahagian lengan.

Difahamkan pelakon lelaki berkenaan yang menyedari penyebaran video berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

video seks mirip pelakon lelaki

Menerusi Harian Metro,  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Usaha mendapatkan komen pelakon itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Zaman sekarang macam-macam cara boleh dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan orang lain. Mungkin pelakon yang terlibat dalam video songsang ini juga mangsa ‘deepfake’?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments