#Hiburan: Hina DSV Dan Anak, Azwan Ali Mohon Maaf Secara Terbuka

Akhirnya selebriti kontroversi, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka susulan   penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anak perempuannya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

azwan ali mohon maaf datuk seri vida

Bukan soal siapa kalah dan siapa menang, Azwan berkata permohonan maaf itu dibuat setelah dia berbincang bersama peguamnya. Dia juga akan memadam semua status penghinaan terhadap Cik B.

Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara besama peguam, ini bukan soal kalah atau menang.

datuk seri vida cik b

Saya juga akan memadam semua status hinaan terhadap DSV dan juga anaknya Cik B di Twitter.

Menurut Azwan lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai menghormati DSV yang mengatakan dirinya sentap dihina dan tidak mahu perkara ini berlanjutan.

azwan ali mohon maaf

Video yang dimuat naik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung. Saya kira isu ini sudah selesai, terpulang pada dunia nak melihat kes ini.

Jika dia kata status saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes. Saya terima dan tarik balik.

azwan ali datuk seri vidaAzwan pada masa yang sama berkata dia juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan DSV untuk menyelesaikan segala masalah atau rasa tidak puas hati.

Terdahulu, bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap anak perempuannya, Cik B.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments