Lebih seminggu Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia, sejak beberapa hari lalu timbul pula kontroversi pertelingkahan antara adiknya, Ali Puteh serta balu arwah iaitu Noor Hidayah.
Semuanya dikatakan berpunca dari dakwaan Hidayah yang mengatakan dia dibiarkan keluar dari rumah arwah suaminya sehelai sepinggang sehingga Ali menggelarkan kakak iparnya itu sebagai “binatang.”
Susulan kontroversi itu, Ali menerusi sidang media tergemparnya pada petang tadi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris serta marah dengan apa yang telah dilakukannya.
Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini. Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.
Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka.
Ali akan bertemu empat mata dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut antara mereka.
Di akhir sidang media tersebut, Ali memberitahu dia sedia berundur diri dari dunia seni sekiranya tidak diperlukan lagi.
Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.
Terdahulu, Ali menerusi satu kenyataan berkata dia tiada langsung niat untuk menganiaya balu serta waris arwah abangnya seperti yang didakwa. Menurutnya, sebelum ini dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan segala hal penting terutama sekali berkaitan hutang arwah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments