Sebelum ini, ada juga yang kata “bosan” asyik dengar cerita cinta Ruhainies. Tidak apa lah, kita layan sahaja dan bagi peluang untuk pasangan yang perasaan asmara cinta sedang hangat membara ini untuk menzahirkan (menayang) kemesraan mereka.
Terbaru, Ruhainies menerusi akaun Instagramnya berkongsi momen indah dan penuh romantik saat dirinya meraikan hari jadi kekasih hati, Elf Johan dengan menaiki helikopter.
Ruhainies turut berkongsi beberapa potongan video yang memaparkan momen mereka bersiar-siar di ruang udara Kuala Lumpur menerusi Instagram Story.
‘Sweet’ habis, siap naik helikopter
Makan malam romantik
Bagaimanapun, sehingga kini pelakon wanita itu masih merahsiakan lagi wajah kekasih hatinya.
Dah selalu nikmati saat romantik, bila agaknya hendak berkahwin? Jangan tunggu lama-lama, kalau dah ada hubungan yang halal lebih seronok untuk berkasih sayang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments