Meskipun sangat menarik dan penuh emosi mengungkap segala maksud tersirat, persembahan penyanyi, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke 34 mengundang kritikan dan kontroversi.
Gimik persembahan Aina yang mengenakan gaun putih, bermain dengan emosi dan drama dimana darah keluar membuak-buak bermula dari leher membasahi gaun yang dipakai tidak dinafikan memukau penonton. Namun, ada pihak yang mendakwa ia seakan mengetengahkan konsep bunuh diri.
Enggan pelbagai spekulasi liar terus timbul, Aina tampil menjelaskan persembahannya itu adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita. Ia kekecewaan yang ditanggung wanita selepas melukai hati insan tersayang.
Simbolik hancurnya hati seorang wanita
Terdahulu, Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menyifatkan persembahan di mana aksi penyanyi itu menikam dadanya sehingga darah keluar membasahi pakaiannya dianggap keterlaluan dan melanggar peraturan. Malah, ada juga pihak mendakwa Aina membawa mesej yang salah kepada penonton dan boleh mengganggu emosi individu yang mempunyai masalah mental, mendorong mereka yang mungkin mengalami tekanan perasaan untuk menamatkan riwayat mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments