#Hiburan: Pejabat Ustaz Ebit Lew Dipecah Masuk, Pencuri Siap Tinggalkan Nota

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendakwa kerugian lebih RM50,000 selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi, dipecah masuk penjenayah semalam.

ustaz ebit lew

Menerusi akaun Facebooknya, Ustaz Ebit berkata satu set komputer, dua komputer riba, beberapa kamera, tiga telefon bimbit dan sejumlah wang ringgit dilarikan perompak berkenaan.

Lebih mengejutkan, apabila penjenayah tersebut turut meninggalkan nota yang bertulis “ampun ya pak saya terpaksa.”

pejabat ustaz ebit lew dipecah masuk

pejabat ustaz ebit lew dipecah masuk

ebit lew

ebit lewRata-rata netizen yang membaca perkongsian Ustaz Ebit itu turut terkejut dan bersimpati dengan dugaan yang menimpa dirinya.

Uish memang terkejut betul kalau lihat pejabat berselerak sebegitu dan semua barang hilang. Apa-apa pun, kami harap Ustaz Ebit tabah dengan dugaan ini, mungkin ada sesuatu yang lebih baik buatnya di masa hadapan.

Sumber Berita : Ebit Lew


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments