Rumah tangga aktres cantik Indonesia, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dikenali sebagai Bella kini menjadi perhatian ramai dan didakwa dilanda badai apabila dia bertindak memadam semua foto bersama suaminya, Engku Emran termasuklah foto pernikahan mereka di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Berbeza pula dengan Engku Emran yang sehingga kini, masih lagi mengabdikan foto momen indah bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya. Ramai yang tertanya adakah pasangan ini sedang menghadapi masalah?
Bagaimanapun, Bella dan Engku Emran yang baru-baru ini hadir ke sebuah majlis bersama menafikan dakwaan rumah tangga mereka sedang berantakan.
Terdahulu, Bella pernah memberitahu dia tidak akan lagi memuat naik foto suaminya kerana ingin menjaga privasi selain tidak mahu Engku Emran menjadi sasaran wanita ‘kaki sondol’ atau perampas.
Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Malaysia.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments