#Hiburan: Ashraf Sinclair Penderma Tetap Rumah Anak Yatim

Berita pelakon Ashraf Sinclair atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair yang meninggal dunia pagi semalam mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia.

ashraf sinclair derma anak yatim

Kehilangan Ashraf diratapi semua sahabat, rakan artis dan orang ramai. Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang peramah, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan dermawan, banyak memberikan sumbangan serta bantuan kepada rumah anak yatim.

Malah, dia juga merupakan penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta Selatan, Indonesia.

ashraf sinclair derma anak yatim

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, kehilangan Ashraf begitu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Menurutnya, kali terakhir dia bertemu pelakon itu kira-kira dua bulan lalu.

Dia kerap datang ke situ. Setiap kali datang, dia akan memberi sumbangan kepada kami. Kali terakhir dia datang ialah dua bulan lalu. Ketika itu dia nampak sihat.

ashraf sinclair derma anak yatim

Dikenali sebagai seorang yang baik hati, pemergian mengejut Ashraf membuatkan anak-anak yatim disitu turut terasa kehilangan.

Mereka tak percaya dia sudah pergi. Ia terlalu cepat. Ashraf sangat baik hati dan kerap bertegur sapa. Kami merasa sangat kehilangan apabila mendapat berita ini.

ashraf sinclair

Terdahulu, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi tadi waktu tempatan akibat serangan jantung. Allahyarham berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments