Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali selepas pengacara itu menghina kematian dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap anak perempuannya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Susulan itu, DSV memberi tempoh selama 48 jam bermula semalam untuk Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadapnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, DSV menerusi peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan.
Sebagai seorang ibu, penghinaan Azwan terhadap Cik B dan dua anaknya yang sudah meninggal dunia disifatkan begitu perit untuk diterima. Rasa kecewa dan terluka di dalam hati.
Tragedi tersebut merupakan kenangan paling pahit dan sedih bagi saya. Ia juga telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya yang mana setelah tragedi tersebut saya menjadi murung tertekan beberapa bulan.
Memandangkan Azwan telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan fizikal Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri. Oleh itu saya mengambil tindakan untuk memfailkan saman malu kepada Azwan. Tiada siapa berhak menghina fizikal orang lain.
Isu ini dipercayai tercetus apabila Azwan tidak berpuas hati mengenai soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan oleh DSV baru-baru ini.
Menjelaskan perkara tersebut, DSV berkata Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan dan hanya hadir atas kapasiti peribadi sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments