Penampilan penerbit terkenal, Datuk A.Aida pada malam kemuncal AJL 34 mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil dengan imej ‘freehair’ selepas lebih setahun mengenakan hijab.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, A.Aida mengesahkan dia tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.
Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pengakuannya itu dan berharap agar satu hari nanti dia akan membuka pintu hatinya untuk berhijab semula.
Terdahulu, A.Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz. Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments