Tentunya ramai yang masih ingat dengan lagu Bobo Di Mana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat dan seorang lagi penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna.
Baru-baru ini, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis Ecstacy.
Namun, polis Indonesia kini bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.
Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan).
Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya di apartmentnya yang terletak di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.03 pagi. Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments