Nampaknya kumpulan Drama Band, masih tidak serik dan buat hal lagi apabila menggunakan kontroversi babitkan selebriti lain untuk popularkan lagu mereka berjudul Drama di pentas AJL34 malam semalam.
Pada awalnya, vokalis mereka iaitu Aepul menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk dalam anime Jepun iaitu Death Note.
Kemudian, mereka mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain seperti mempersenda beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.
Sindiran berani mati
Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.
Respon netizen
Persembahan berani mati itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun, ada yang berpendapat, ia hanya taktik murahan untuk meraih publisiti dan tindakan kumpulan itu pasti akan ada risikonya.
Apa pula pendapat anda tentang persembahan Drama Band di AJL34? Adakah ia keterlaluan?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments