Kemelut politik yang melanda mengejutkan ramai dan rakyat kini gelisah ingin mengetahui siapa bakal peneraju masa depan negara. Dalam kekalutan isu panas politik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak ketinggalan untuk meluahkan pendapatnya.
Menerusi akaun Facebooknya, dia turut bertanya adakah netizen mahu dia membuat liputan temu bual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai segala persoalan rakyat ketika ini.
Aliff turut bertanya kepada orang ramai cara untuk dia menghubungi dua tokoh politik tersebut bagi merealisasikan hasratnya itu.
Seperti yang dijangka, status tersebut pasti menerima pelbagai reaksi dan rata-rata netizen meminta agar usahawan kosmetik itu tidak perlu mencampuri urusan politik atau mencari publisiti murahan.
Fokus sahaja kepada dunia perniagaan dan tidak perlu untuk cuba menjadi ‘wartawan tidak bertauliah’ pula.
Terdahulu, sesetengah pihak menganggap Aliff ini sebagai penyelamat kerana berjaya mengorek rahsia yang ramai tidak tahu mengenai kemelut antara balu arwah Abam dan Ali Puteh. Namun, tindakannya itu sebenarnya dilihat seakan memburukkan keadaan apabila bertanya soalan sensitif.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments