Pelakon Amar Asyraf sebelum ini, pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa telah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bernama Ellika Azman meskipun sudah mempunyai dua orang isteri.
Baru-baru ini pula, isteri keduanya yang dikenali sebagai Vivi Jeffrey tampil mendedahkan dirinya telah diceraikan dengan talak tiga oleh aktor itu sejak 4 November tahun lalu secara bersemuka.
Meskipun dirinya dikecam teruk, Amar memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa. Tidak terkesan langsung dengan kontroversi tersebut yang hangat diperkatakan.
Sekarang saya okay sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi.
Sementara itu, Amar memberitahu segala tindakannya sebelum ini diketahui isteri pertamanya, Arna Salleh.
Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah.
Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia izinkan dan tahu apa yang saya buat sebelum ini.
Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan Amar sejak beberapa tahun lalu dan dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments