Umum mengetahui, rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan isterinya, Hana Azraa sedang berantakan dan dikatakan dalam proses untuk bercerai.
Meskipun sedang melalui saat sukar dalam hidupnya, Hana yang baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 1 Februari yang lalu kira-kira jam 6.59 pagi, sempat berkongsi pengalamannya bersalin anak keduanya itu tanpa suaminya disisi.
Menerusi akaun Instagramnya, Hana berkata kali ini dia nekad untuk bersalin secara normal memandangkan anak sulungnya dilahirkan melalui pembedahan ‘caesarean’.
Pukul 4 pagi terpaksa kejut ayah nak ke hospital
Menurut Hana, dia terpaksa mengejutkan bapanya yang sedang tidur seawal jam 4 pagi untuk menghantarnya ke hospital untuk bersalin.
Meskipun diri dihina & penuh dosa, bersyukur proses bersalin dipermudahkan
Bukanlah seorang manusia sempurna yang sering dihina dan penuh dengan dosa, Hana meluahkan rasa syukur proses bersalin dipermudahkan Allah.
Terdahulu, kontroversi PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April tahun lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain ketika itu sarat hamil anak pertama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments