#Hiburan: Sama-Sama Kehilangan Suami, Netizen Bandingkan Layanan Keluarga Mentua BCL & Balu Arwah Abam

Isu tentang pembahagian harta melibatkan balu arwah Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan keluarga mentuanya sehingga hari ini masih hangat diperkatakan. Kemelut antara mereka belum dapat diselesaikan dan timbul pelbagai spekulasi lebih-lebih lagi apabila adik Allahyarham, Ali Puteh mengeluarkan kata-kata kesat penuh emosi terhadap kakak iparnya.

ali puteh kakak ipar

Apa yang dialami oleh Hidayah mendapat perhatian ramai sehingga kini tular beberapa perkongsian di laman sosial Facebook dimana netizen membuat perbandingan dengan situasi yang sama dialami oleh selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari yang juga kehilangan suami tercinta.

Berbeza layanan keluarga mentua BCL dan Hidayah

bunga citra lestari mentua

Netizen membezakan layanan mentua kepada BCL apabila dia begitu dihargai oleh arwah suaminya berbeza dengan layanan yang diterima oleh balu Abam.

netizen bandingkan mentua bcl dan noor hidayah

Namun, Hidayah pula yang tidak mempunyai kerjaya seperti BCL dan dia menghadapi situasi yang cukup berbeza sekali. Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen mempersoalkan dimanakah kedudukan isteri sebagai seorang suri rumah.

Terdahulu, Ali telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan dia mahu membolot harta arwah abangnya. Namun, Ali berkata dia berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya agar tidak memakan harta anak yatim.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments