Sebelum ini usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat sudah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah. Setelah sekian lama, akhirnya impiannya itu tercapai dan dia baru-baru ini berpeluang untuk menjadi tetamu Allah SWT menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Sajat seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah. Jiwanya adalah seorang wanita.
Menerusi akaun Instagram, Sajat meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi segala urusan ibadahnya dan keluarga di Tanah Suci berjalan lancar serta dipermudahkan. Betapa dirinya merasa terharu dan menyedari keindahan agama Islam.
Namun, apa yang menjadi persoalan netizen adalah penampilan Sajat semasa menunaikan umrah, sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram.
Malah, ramai juga yang keliru apabila dua lagi rakan Sajat yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita. Tindakan mereka itu seakan mempersendakan agama.
Macam mana boleh lepas masuk Makkah?
Mempersendakan agama
Semoga mendapat hidayah
Siapalah kita untuk menilai niat seseorang melakukan ibadah, biarlah itu antara mereka dengan Allah SWT apatah lagi sehingga hari ini status jantina Sajat masih lagi menjadi teka-teki. Doakan yang baik-baik sahaja dan semoga satu hari nanti pintu hati mereka terbuka untuk berubah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments