Tidak dinafikan persembahan artis untuk malam Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) cukup memukau.
Antara yang mendapat pujian ramai ialah Aina Abdul yang berpakaian putih seperti kain kafan dan menikam dadanya sehingga darah mencurah keluar, simbolik betapa hatinya terluka, memang ‘deep’ betul sesuai dengan lagunya yang bertajuk Sumpah.
Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat konsep persembahan Aina agak keterlaluan, memberikan pengaruh negatif kepada masyarakat kerana seakan mengetengahkan konsep bunuh diri.
Tiada idea kreatif lain? Kenapa promo konsep bunuh diri?
Apa yang dilakukan oleh Aina jelas telah melanggar peraturan dimana unsur menamatkan riwayat, dilarang untuk dipersembahkan di atas pentas apatah lagi menerusi siaran langsung di televisyen.
Secara tidak langsung, ia akan mengganggu emosi individu yang mempunyai masalah mental, mendorong mereka yang mungkin mengalami tekanan perasaan untuk menamatkan riwayat mereka.
Mungkin Aina tidak ada niat untuk mengetengahkan konsep bunuh diri dan hanya ingin menyampaikan rasa sakit yang terbuku di dalam hati, maksud disebalik lagunya itu. Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan daripada pihak Aina.
Sumber Berita : Public Health Malaysia
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments