#Hiburan: Saya Berdepan Kehilangan Mengejut – BCL Mohon Peminat Doakan Arwah Suami

Pemergian Ashraf Sinclair, telah memberi satu tamparan hebat buat isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL yang masih terkejut dan tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sedih kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata, pergi buat selama-lamanya.

bunga citra lestari

Kepiluan terasa begitu perit di dalam hati dan tiada apa yang dapat diungkapkan oleh BCL selain ucapan terima kasih kepada pihak media yang menunggunya.

Meskipun dalam keadaan berduka, BCL sempat memohon agar para peminat serta kenalan, sudi menyampaikan doa buat arwah suaminya.

bunga citra lestari

Saya tidak boleh banyak berbicara, saya masih terkejut, segala-galanya begitu cepat. Saya juga belum tidur. Saya berdepan dengan kehilangan secara mengejut. Saya masih berusaha menerima pemergiannya. Terima kasih kerana datang.

Mudah-mudahan Ashraf dapat banyak doa daripada rakan-rakan yang hadir. Terima kasih melaporkan berita yang baik mengenai saya dan arwah selama ini.

ashraf sinclair meninggal dunia

Doakan untuk arwah dan Noah, itu sahaja yang mampu saya ungkapkan hari ini. Saya harap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi.

BCL kehilangan suaminya pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung. Pemergian Ashraf sangat mengejutkan kerana Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 41 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto :  Jawa Pos & Kapan Lagi


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments